Jumaat, 21 Disember 2012

Botol jadi hantaran??

Tersebutlah kisah tentang botol plastik yang sering dibuang merata....Tanpa disedari ia mampu menyeri hidup kita..... Hah....pada sesiapa yang nak kahwin tu, aku nak cadangkan guna botol plastik untuk buat hadiah untuk tetamu, dekorasi, atau pun hantaran... Serius best idea ni.....jimat kos...dan yang paling penting 'we help to save the earth'. Yela, botol plastik tu ambil masa berjuta tahun tau nak mereput kalau tak dikitar semula....menyumbang kepada pencemaran alam....dah malas membebel....layan...

Hah yang ini comel kan, boleh isi telur bagi kat tetamu....apa-apa je yang kita nak sumbat...

Pink untuk yang cute....hehe

Boleh spray kasi warna solid... lepas tu letak gula-gula....sweet sangat kan....

Kalau nak bagi hantaran tu boleh letak macam ni....tapi botol tu patutla dihiskan lagi...tambahlah bunga ke...huhu

Ini lagi senang....sumbat la apa-apa yang warna-warni, gula, kacang, batu ke....kat kertas tu tulislah sepatah dua kata untuk tetamu korang....hehe

Bahagian bawah tu dipotong je jadi bentuk bunga.... boleh la letak makanan ringan untuk kanak-kanak riang macam aku.... tak payah nak beli bekas mahal-mahal......hoho i ike...


Cantik kan lampu ni....guna penutup botol je..... boleh buat hiasan bilik pengantin....hehe

Yang ni lagi kelass...tapi rumit sikitlah.. jimat tak payah beli lampu ribu riban.... 

Ok la....nanti sambung idea penjimatan lagi.....mahu beradu dulu.....zzzzz


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...